Versi pertama : ⤦
Kampung Saai mendapat nama daripada hasil produk penduduk setempat tepung sagu.
Tepung sagu (lemantak) dalam Bahasa tempatan ialah “SEI”.
Versi kedua : ⤦
Dulu guru agama sering berulang alik dari tempat asal, macam orang ber"Saie" semasa
mengerjakan Ibadah Haji. Guru menamakan Kampung ini dengan Kampung Saie sempena dengan rukun tersebut.
Kampung ini sudah didiami sejak awal tahun 1700. Fakta yang menunjuk bahawa kampung sudah wujud pada awal tahun 1700 ialah penemuan sebuah kubur lama yang
bertanda 1700 +. Tapi malang kubur ini tidak ditemui selepas tanah perkuburan di timbus
dengan pasir.
Kampung Saie adalah hab pendidikan satu ketika dahulu. Sekolah rasmi telah
bermula pada tahun 1939. Sebelum itu sudah wujud sekolah pondok di sini, antara guru
yang mengajar di sekolah pondok ini ialah Lebai Naim yang berasal dari Sambas. Mengikut cerita orang dulu-dulu kampung ini pernah diperintah kerajaan melanau sebelum diperintah oleh kerajaan Brunei. Untuk menguat sejarah ini ramai di kampung ini berasal dari Sambas, Batang Lupar dan Brunei. Sebab ada yang berketerunan Abang, Wan dan Awang (Pengiran).
Kampung Saie memang didiami penduduk beragama Islam sejak awal penempatan
lagi. Banyak perkara yang menarik kampung ini. Kampung ini tidak pernah diserang lanun..
Kampung Saie berkembang maju kerana komoditi, komiditi pertama ialah rumbia
apabila getah menjadi hasil keluaran utama tanaman rumbia telah ditukar dengan tanaman. Semasa kerajaan British, British telah membawa kaum Cina untuk menanam getah,
semenjak itu orang Cina mula bertapak di sini. Apabila harga getah jatuh kaum cina ini mula berhijrah kebandar dan penduduk asal pun mengikut trend mereka.
Apabila gerakan penanaman kelapa sawit bermulalah era baru ini , ramai yang balik semula dan menetap di kampung.
Mengikut sejarah Patriotik/ pejuang kemerdekaan . Bahawa Kampung ini telah
melahirkan ramai pejuang-pejuang kemerdekaan yang terlibat dengan Gerakan anti
Cession, Rukun Tigabelas dan Barisan Pemuda Sarawak (BPS) dan ada juga yang terlibat bersama tentera Jepun menentang British.
Antara yang tersohor ialah Mohd Redeh yang telah menyelamat James Brooke daripada
pemberontak cina semasa Perang Teraduk.
No comments:
Post a Comment